Alhamdulillah makwan rasa bagai mimpi berkesempatan ber iftar jama'ie dengan warga Turki dan sebahagian pelancong dari negara lain pada 1 Ramadhan di Sultanahmet depan Blue Mosque dan Aya Sophea.
Iftar disediakan besar-besaran oleh wakil rakyat mereka dari AK Party iaitu Mustafa Demir. Seronok melihat suasana di sana yang begitu ramai sekali datang untuk beriftar bersama. Meriah sangat2. Macam mimpi lagi makwan rasa. Yalah..tak sangka Allah bagi nikmat dapat mengecapi saat macam tu... Syukur ya Allah.
Sebaik sahaja azan dilaungkan, serentak meriam sebanyak 2 das dilepaskan tembakan oleh pihak army menandakan waktu berbuka puasa. Wahhh teruja makwan!!
Makanan yang disediakan pula complete set dengan ada nasi, daging stew, roti dan bubur, baklava juga tidak lupa dan semestinya kurma.
Alhamdulillah syukur nikmat🌸