Skip to main content

Kembara Istanbul Bermula

Mula2 sekali nak keluar dari aieport Antartuk, makwan ambik train. Turun train naik train lagi menuju ke homestay apartment yang anak makwan booking online. Ohhh.. turun train agak jauh juga la berjalan kaki heret beg roda.

Klasik betul...lalu depan rumah ni masa tengah heret beg di lorong kecil menuju ke homestay makwan

Sampai2 homestay, kena naik tangga pulak dah sebab apartment makwan tingkat 3..hu hu

Kat bawah ni laluan makwan hari2 tiapkali nak keluar ke bandar... Wajib pakai sport shoe. Kalu tak, gerenti sakit kaki..he he
Tanah tinggi rendah, tak rata, jadi agak penat la sikit. Kurus la makwan time tu...mana tak nya, exercise berjalan keluar masuk tiap hari without fail...hi hi







Alhamdulillah syukur..kira agak selesa jugak la tempat makwan duduk 8 hari ari tu. Fully furnished. 15minit makan masa berjalan kaki jika nak ke Blue Mosque(Masjid Biru). 

Comments

Popular posts from this blog

Masjid Fatih di Turki

Terharu dapat melihat dan berada sendiri di masjid Fateh yg tersergam indah. Satu hari dulu hanya tumpang teruja melihat bangunan masjitnya dari kiriman gambar makcik Siah yang datang duluan ke Turki. Sempat dua kali iktikaf di Masjid Fateh. Dua hai berturut2 ke sana. Yang mula2 pergi tu, ada musabaqah AlQuran sedang berlangsung. Punya la ramai orang time tu. Rasa teruja pulak sebab dapat tau salah seorang juri rupanya dari Malaysia. Wahh rasa up sikit la, kira negara kita orang ambik kira kan kan...he he.. Sebelum masuk kawasan masjid, kami ronda2 dulu kawasan sekitarnya. Bangunan lot2 kedainya rapat2 manakala lorong @ laluan antara bangunan pulak tak besar mana. Orang pulak sentiasa ramai duk membeli belah jadi agak bersesak jugak la time kami pergi tu. Macam2 ada...kurma, buah tin, pelbagai jenis kacang, roti dan macam2 lagi; dari makanan sampai lah ke kain baju.

Mee Ugyur di Turki

Alhamdulillah makwan sempat pekena mee uyghur di Yusufpasa. Yusufpasa ni salah satu pekan di Istanbul. Dua kali kot ke sana. Mula2 tu hari yang mula2 pusing Istanbul, sehari sebelum bermula Ramadhan. Second time pergi berbuka puasa di sana. Alhamdulillah dapat merasa makan di restoran makanan Asia dengan menu khas suku Uygur yang berasal dari China. Suku Uyghur merupakan salah satu etnis di China yang memeluk agama Islam. Jadi masakannya, insyaAllah halal no worries. Mee ugyur ni mee yang ditabur di atasnya sayur, daging beserta sos sebagai kuah. Kuahnya tak banyak pon kira macam kalau kita kat Malaysia ada kuah sikit2 macam mee ladna gitu.  Mee uygur agak kenyal dan bersaiz besar bukan macam saiz mee kat tempat kita.

Lampu Ajaib di Grand Bazaar

Makwan dapat bawak balik satu je lampu ajaib ni..he he... Cantik sangat💗💗 Ramai yang tanya, ngapa tak beli banyak? Masalahnya time nak bawak balik tu macamana. Yang satu ni pun, makwan hand-carry. Berbalut banyak lapis paper dulu tebal2. Tokey kedai lampu Beli lampu cantik ni kat Grand Bazaar yang semua orang balik dari turki mesti duk sebut2 pergi sini. Alhamdulillah sampai juga makwan kat Grand Bazaar. Banyak barang jual kat sini. Sangat besar tempat ni, ada banyak entrance. Kalau macam makwan ni kena jalan berteman, kalau tak dikhuatiri sesat tak jumpa jalan keluar.