Skip to main content

Latih Tubi Berjalan Kaki

Ya Allah....

Agak stress jugak la makwan kena melalui jalan camni hari2 setiapkali nak keluar dari kawasan apartment makwan tu. Lepas dah berjalan lebihkurang 15minit turun naik jalan bercerun2 tu baru jumpa jalan besar. Baru nampak stesen Tram untuk nak sambung naik pergi mana2. Baru jumpa deretan shop-lot menjual pelbagai barang. Kira sampai pekan la.

Dek faktor omo, habis kaki dan lutut rasa sakit2 ...ouhh... innalillah..

Kiranya latih tubi berjalan kaki la ni.... Dalam keterpaksaan ku gagahi jua...huhu


Insaf menyedari nikmat kesihatan badan yg Allah dah kurniakan selama ini.

Sama2 kita hargai dua nikmat yg sering terlupa.. nikmat kesihatan dan kelapangan masa🌹

Mari kita renung2kan hadis Nabi SAW ini:


Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah) 


Comments

Popular posts from this blog

Masjid Fatih di Turki

Terharu dapat melihat dan berada sendiri di masjid Fateh yg tersergam indah. Satu hari dulu hanya tumpang teruja melihat bangunan masjitnya dari kiriman gambar makcik Siah yang datang duluan ke Turki. Sempat dua kali iktikaf di Masjid Fateh. Dua hai berturut2 ke sana. Yang mula2 pergi tu, ada musabaqah AlQuran sedang berlangsung. Punya la ramai orang time tu. Rasa teruja pulak sebab dapat tau salah seorang juri rupanya dari Malaysia. Wahh rasa up sikit la, kira negara kita orang ambik kira kan kan...he he.. Sebelum masuk kawasan masjid, kami ronda2 dulu kawasan sekitarnya. Bangunan lot2 kedainya rapat2 manakala lorong @ laluan antara bangunan pulak tak besar mana. Orang pulak sentiasa ramai duk membeli belah jadi agak bersesak jugak la time kami pergi tu. Macam2 ada...kurma, buah tin, pelbagai jenis kacang, roti dan macam2 lagi; dari makanan sampai lah ke kain baju.

Lampu Ajaib di Grand Bazaar

Makwan dapat bawak balik satu je lampu ajaib ni..he he... Cantik sangat💗💗 Ramai yang tanya, ngapa tak beli banyak? Masalahnya time nak bawak balik tu macamana. Yang satu ni pun, makwan hand-carry. Berbalut banyak lapis paper dulu tebal2. Tokey kedai lampu Beli lampu cantik ni kat Grand Bazaar yang semua orang balik dari turki mesti duk sebut2 pergi sini. Alhamdulillah sampai juga makwan kat Grand Bazaar. Banyak barang jual kat sini. Sangat besar tempat ni, ada banyak entrance. Kalau macam makwan ni kena jalan berteman, kalau tak dikhuatiri sesat tak jumpa jalan keluar.

Handbag Cantik Dari Istanbul

Ini la handbag yang makwan beli kat Istanbul. Ada beli yang lain, tapi yang ni makwan paling suka. Cantikkk sangat.... Tali handbag tu kulit lembu ori. Ingat lagi owner kedai tu siap buat eksperimen pi bakar tali beg tu guna lighter..ishk terkezut makwan dan anak makwan. Alhamdulillah memang tak terbakar dan takde effect apapun tali beg lepas dibakar. Makwan nak pakai pun sayang, berkira2 takut jadi sizen kalu kerap pakai..he he..