Skip to main content

Masjid Sultan Ahmed ~ Blue Mosque

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) ialah masjid bersejarah di Istanbul. Istanbul sepertimana yang kita tahu, adalah bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923).

Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina antara tahun 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.

Masjid Sultan Ahmet atau nama lain nya 'blue mosque' itu adalah salah satu dari dua masjid di Turki yg mempunyai 6 menara.
U
Pembinaan masjid bermula pada Ogos 1609 apabila sultan itu sendiri datang untuk memecah tanah. Niat baginda bahawa ini akan menjadi masjid pertama pada empayarnya. Dia melantikkan arkitek dirajanya Sedefkar Mehmet Aga, seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan sebagai arkitek bertugas pada pembinaan itu. Sedefkar Mehmed merupakan anak murid kepada Mimar Sinan yang terulung.

Maha Suci Allah yg menjadikan setiap sesuatu. Sangat cantik masjid di luar dan dalam masjid. Memang terpegun dengan senibina dan rekabentuk masjid2 kat sini. Betapa orang dulu2 lebih halus dan seni dalam membina bangunan walaupun tanpa guna besi. Semua masjid yang lama2 tu tak guna besi kecuali yang baru dibina di tahun 2000 ke atas.

Takde aircond, tak pakai kipas tapi sejuk rasa dalam tu sbb ventilation dan bahan binaan dia bermutu.









Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Masjid Fatih di Turki

Terharu dapat melihat dan berada sendiri di masjid Fateh yg tersergam indah. Satu hari dulu hanya tumpang teruja melihat bangunan masjitnya dari kiriman gambar makcik Siah yang datang duluan ke Turki. Sempat dua kali iktikaf di Masjid Fateh. Dua hai berturut2 ke sana. Yang mula2 pergi tu, ada musabaqah AlQuran sedang berlangsung. Punya la ramai orang time tu. Rasa teruja pulak sebab dapat tau salah seorang juri rupanya dari Malaysia. Wahh rasa up sikit la, kira negara kita orang ambik kira kan kan...he he.. Sebelum masuk kawasan masjid, kami ronda2 dulu kawasan sekitarnya. Bangunan lot2 kedainya rapat2 manakala lorong @ laluan antara bangunan pulak tak besar mana. Orang pulak sentiasa ramai duk membeli belah jadi agak bersesak jugak la time kami pergi tu. Macam2 ada...kurma, buah tin, pelbagai jenis kacang, roti dan macam2 lagi; dari makanan sampai lah ke kain baju.

Lampu Ajaib di Grand Bazaar

Makwan dapat bawak balik satu je lampu ajaib ni..he he... Cantik sangat💗💗 Ramai yang tanya, ngapa tak beli banyak? Masalahnya time nak bawak balik tu macamana. Yang satu ni pun, makwan hand-carry. Berbalut banyak lapis paper dulu tebal2. Tokey kedai lampu Beli lampu cantik ni kat Grand Bazaar yang semua orang balik dari turki mesti duk sebut2 pergi sini. Alhamdulillah sampai juga makwan kat Grand Bazaar. Banyak barang jual kat sini. Sangat besar tempat ni, ada banyak entrance. Kalau macam makwan ni kena jalan berteman, kalau tak dikhuatiri sesat tak jumpa jalan keluar.

Handbag Cantik Dari Istanbul

Ini la handbag yang makwan beli kat Istanbul. Ada beli yang lain, tapi yang ni makwan paling suka. Cantikkk sangat.... Tali handbag tu kulit lembu ori. Ingat lagi owner kedai tu siap buat eksperimen pi bakar tali beg tu guna lighter..ishk terkezut makwan dan anak makwan. Alhamdulillah memang tak terbakar dan takde effect apapun tali beg lepas dibakar. Makwan nak pakai pun sayang, berkira2 takut jadi sizen kalu kerap pakai..he he..