Wednesday, November 22, 2017

Aya Sofya Istanbul

Assalamualaikum.

Satu lagi tempat menarik yang makwan pergi melawat ialah Aya Sofya atau dalam bahasa Turkinya Hagia Sofhia.

Ia adalah sebuah bangunan bekas gereja,kemudian ditukar menjadi masjid dan sekarang sebagai museum di Istanbul, Republik Turki.


Sejarah menceritakan pada awalnya Aya Sofya dibangun sebagai sebuah gereja antara tahun 532-537.
Pada 1453 M, Konstantinopel ditakluki oleh Turki Utsmani di bawah kepimpinan Sultan Mehmed II, yang kemudian memerintahkan pengubahan gereja utama Kristen Ortodoks menjadi masjid.

Aya Sofya tetap bertahan sebagai masjid sampai tahun 1931 M. Kemudian bangunan ini ditutup bagi umum oleh pemerintah Republik Turki dan dibuka kembali sebagai museum empat tahun kemudiannya pada 1935. Pada tahun 2014, Aya Sofya menjadi museum kedua di Turki yang paling banyak dikunjungi, menarik hampir 3,3 juta pelancong setiap tahun.






Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Aya Sofya merupakan tempat di Turki yang paling menarik perhatian pelancong pada 2015.
(sedutan fakta dari wikipedia)

Teringat kenangan manis semasa ke Aya Sofya, makwan berpeluang mrngenali seorang individu baik hati warga Turki bernama Siti khadijah.. alhamdulillah.




Tuesday, November 21, 2017

Mee Ugyur di Turki

Alhamdulillah makwan sempat pekena mee uyghur di Yusufpasa. Yusufpasa ni salah satu pekan di Istanbul. Dua kali kot ke sana. Mula2 tu hari yang mula2 pusing Istanbul, sehari sebelum bermula Ramadhan. Second time pergi berbuka puasa di sana.


Alhamdulillah dapat merasa makan di restoran makanan Asia dengan menu khas suku Uygur yang berasal dari China. Suku Uyghur merupakan salah satu etnis di China yang memeluk agama Islam. Jadi masakannya, insyaAllah halal no worries.

Mee ugyur ni mee yang ditabur di atasnya sayur, daging beserta sos sebagai kuah. Kuahnya tak banyak pon kira macam kalau kita kat Malaysia ada kuah sikit2 macam mee ladna gitu.  Mee uygur agak kenyal dan bersaiz besar bukan macam saiz mee kat tempat kita.

Spice Bazaar Vs Grand Bazaar

Alhamdulillah gumbira rasa tika mula2 kaki melangkah masuk ke Spice Bazaar. Dalam tu..wows!! Banyak turkish delight. Turkish delight ni kira manisan turki la...sedap2 dan manis2 belaka turkish delight tu..semua rasa nak angkut balik. Selain yang manis2 tu semua, ada pelbagai jenis kekacang, kurma, buah tin dan rempah ratus. Teh ada macam2 perisa, banyak makwan beli. Yang perisa strawberi, apple, mixfruit semua ada.. Semua nak bawak balik rasa. Dalam spice bazaar tu juga kita boleh cari minyak zaitun, olive losyen, argan oil, rose oil, habbatus Sauda dan barang2 yang sewaktu dengan nya..he he

Pendek kata berbeza suasana masuk Spice Bazaar berbanding Grand Bazaar. Kat Grand Bazaar, selain dari beli lampu Ajaib yang cerita dalam posting lalu, makwan borong beg dan sejadah. Cecantik belaka. Kedua2 bazaar, makwan sempat pergi dua kali hari lain2. Alhamdulillah.

Masjid Fatih di Turki

Terharu dapat melihat dan berada sendiri di masjid Fateh yg tersergam indah. Satu hari dulu hanya tumpang teruja melihat bangunan masjitnya...