Skip to main content

Spice Bazaar Vs Grand Bazaar

Alhamdulillah gumbira rasa tika mula2 kaki melangkah masuk ke Spice Bazaar. Dalam tu..wows!! Banyak turkish delight. Turkish delight ni kira manisan turki la...sedap2 dan manis2 belaka turkish delight tu..semua rasa nak angkut balik. Selain yang manis2 tu semua, ada pelbagai jenis kekacang, kurma, buah tin dan rempah ratus. Teh ada macam2 perisa, banyak makwan beli. Yang perisa strawberi, apple, mixfruit semua ada.. Semua nak bawak balik rasa. Dalam spice bazaar tu juga kita boleh cari minyak zaitun, olive losyen, argan oil, rose oil, habbatus Sauda dan barang2 yang sewaktu dengan nya..he he

Pendek kata berbeza suasana masuk Spice Bazaar berbanding Grand Bazaar. Kat Grand Bazaar, selain dari beli lampu Ajaib yang cerita dalam posting lalu, makwan borong beg dan sejadah. Cecantik belaka. Kedua2 bazaar, makwan sempat pergi dua kali hari lain2. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Masjid Fatih di Turki

Terharu dapat melihat dan berada sendiri di masjid Fateh yg tersergam indah. Satu hari dulu hanya tumpang teruja melihat bangunan masjitnya dari kiriman gambar makcik Siah yang datang duluan ke Turki. Sempat dua kali iktikaf di Masjid Fateh. Dua hai berturut2 ke sana. Yang mula2 pergi tu, ada musabaqah AlQuran sedang berlangsung. Punya la ramai orang time tu. Rasa teruja pulak sebab dapat tau salah seorang juri rupanya dari Malaysia. Wahh rasa up sikit la, kira negara kita orang ambik kira kan kan...he he.. Sebelum masuk kawasan masjid, kami ronda2 dulu kawasan sekitarnya. Bangunan lot2 kedainya rapat2 manakala lorong @ laluan antara bangunan pulak tak besar mana. Orang pulak sentiasa ramai duk membeli belah jadi agak bersesak jugak la time kami pergi tu. Macam2 ada...kurma, buah tin, pelbagai jenis kacang, roti dan macam2 lagi; dari makanan sampai lah ke kain baju.

Mee Ugyur di Turki

Alhamdulillah makwan sempat pekena mee uyghur di Yusufpasa. Yusufpasa ni salah satu pekan di Istanbul. Dua kali kot ke sana. Mula2 tu hari yang mula2 pusing Istanbul, sehari sebelum bermula Ramadhan. Second time pergi berbuka puasa di sana. Alhamdulillah dapat merasa makan di restoran makanan Asia dengan menu khas suku Uygur yang berasal dari China. Suku Uyghur merupakan salah satu etnis di China yang memeluk agama Islam. Jadi masakannya, insyaAllah halal no worries. Mee ugyur ni mee yang ditabur di atasnya sayur, daging beserta sos sebagai kuah. Kuahnya tak banyak pon kira macam kalau kita kat Malaysia ada kuah sikit2 macam mee ladna gitu.  Mee uygur agak kenyal dan bersaiz besar bukan macam saiz mee kat tempat kita.

Lampu Ajaib di Grand Bazaar

Makwan dapat bawak balik satu je lampu ajaib ni..he he... Cantik sangat💗💗 Ramai yang tanya, ngapa tak beli banyak? Masalahnya time nak bawak balik tu macamana. Yang satu ni pun, makwan hand-carry. Berbalut banyak lapis paper dulu tebal2. Tokey kedai lampu Beli lampu cantik ni kat Grand Bazaar yang semua orang balik dari turki mesti duk sebut2 pergi sini. Alhamdulillah sampai juga makwan kat Grand Bazaar. Banyak barang jual kat sini. Sangat besar tempat ni, ada banyak entrance. Kalau macam makwan ni kena jalan berteman, kalau tak dikhuatiri sesat tak jumpa jalan keluar.