Skip to main content

Posts

Aya Sofya Istanbul

Assalamualaikum. Satu lagi tempat menarik yang makwan pergi melawat ialah Aya Sofya atau dalam bahasa Turkinya Hagia Sofhia. Ia adalah sebuah bangunan bekas gereja,kemudian ditukar menjadi masjid dan sekarang sebagai museum di Istanbul, Republik Turki. Sejarah menceritakan pada awalnya Aya Sofya dibangun sebagai sebuah gereja antara tahun 532-537. Pada 1453 M, Konstantinopel ditakluki oleh Turki Utsmani di bawah kepimpinan Sultan Mehmed II, yang kemudian memerintahkan pengubahan gereja utama Kristen Ortodoks menjadi masjid. Aya Sofya tetap bertahan sebagai masjid sampai tahun 1931 M. Kemudian bangunan ini ditutup bagi umum oleh pemerintah Republik Turki dan dibuka kembali sebagai museum empat tahun kemudiannya pada 1935. Pada tahun 2014, Aya Sofya menjadi museum kedua di Turki yang paling banyak dikunjungi, menarik hampir 3,3 juta pelancong setiap tahun. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki,...

Mee Ugyur di Turki

Alhamdulillah makwan sempat pekena mee uyghur di Yusufpasa. Yusufpasa ni salah satu pekan di Istanbul. Dua kali kot ke sana. Mula2 tu hari yang mula2 pusing Istanbul, sehari sebelum bermula Ramadhan. Second time pergi berbuka puasa di sana. Alhamdulillah dapat merasa makan di restoran makanan Asia dengan menu khas suku Uygur yang berasal dari China. Suku Uyghur merupakan salah satu etnis di China yang memeluk agama Islam. Jadi masakannya, insyaAllah halal no worries. Mee ugyur ni mee yang ditabur di atasnya sayur, daging beserta sos sebagai kuah. Kuahnya tak banyak pon kira macam kalau kita kat Malaysia ada kuah sikit2 macam mee ladna gitu.  Mee uygur agak kenyal dan bersaiz besar bukan macam saiz mee kat tempat kita.

Spice Bazaar Vs Grand Bazaar

Alhamdulillah gumbira rasa tika mula2 kaki melangkah masuk ke Spice Bazaar. Dalam tu..wows!! Banyak turkish delight. Turkish delight ni kira manisan turki la...sedap2 dan manis2 belaka turkish delight tu..semua rasa nak angkut balik. Selain yang manis2 tu semua, ada pelbagai jenis kekacang, kurma, buah tin dan rempah ratus. Teh ada macam2 perisa, banyak makwan beli. Yang perisa strawberi, apple, mixfruit semua ada.. Semua nak bawak balik rasa. Dalam spice bazaar tu juga kita boleh cari minyak zaitun, olive losyen, argan oil, rose oil, habbatus Sauda dan barang2 yang sewaktu dengan nya..he he Pendek kata berbeza suasana masuk Spice Bazaar berbanding Grand Bazaar. Kat Grand Bazaar, selain dari beli lampu Ajaib yang cerita dalam posting lalu, makwan borong beg dan sejadah. Cecantik belaka. Kedua2 bazaar, makwan sempat pergi dua kali hari lain2. Alhamdulillah.

Lampu Ajaib di Grand Bazaar

Makwan dapat bawak balik satu je lampu ajaib ni..he he... Cantik sangat💗💗 Ramai yang tanya, ngapa tak beli banyak? Masalahnya time nak bawak balik tu macamana. Yang satu ni pun, makwan hand-carry. Berbalut banyak lapis paper dulu tebal2. Tokey kedai lampu Beli lampu cantik ni kat Grand Bazaar yang semua orang balik dari turki mesti duk sebut2 pergi sini. Alhamdulillah sampai juga makwan kat Grand Bazaar. Banyak barang jual kat sini. Sangat besar tempat ni, ada banyak entrance. Kalau macam makwan ni kena jalan berteman, kalau tak dikhuatiri sesat tak jumpa jalan keluar.

Ramadhan di Turki

Kat sini tempoh berpuasa 17jam.. ada hari tu berbuka puasa jam 8.41 malam. Pukul 10.32 baru masuk Isyak🙂 Pukul 2.45 dah bangun balik untuk sahur.. Subuh 3.27 pagi. Alhamdulillah kat sana makwan sempat la masak2, ada satu hari tu masak gulai ayam..tapi pakai rempah kari turki..he..he..okay la rasa nya, makwan ejas bagi sedap sesuai dengan selera..hahaha *gambar: tengah masak pakai hot plate. Ni pula lauk sempoi2; goreng telor, sardin dan terung bakar, tapi alhamdulillah sedap kemain makan ngan nasik panas2👍😉

Iftar Beramai-ramai di Istanbul

Alhamdulillah makwan rasa bagai mimpi berkesempatan ber iftar jama'ie dengan warga Turki dan sebahagian pelancong dari negara lain pada 1 Ramadhan di Sultanahmet depan Blue Mosque dan Aya Sophea. Iftar disediakan besar-besaran oleh wakil rakyat mereka dari AK Party iaitu Mustafa Demir. Seronok melihat suasana di sana yang begitu ramai sekali datang untuk beriftar bersama. Meriah sangat2. Macam mimpi lagi makwan rasa. Yalah..tak sangka Allah bagi nikmat dapat mengecapi saat macam tu... Syukur ya Allah. Sebaik sahaja azan dilaungkan, serentak meriam sebanyak 2 das dilepaskan tembakan oleh pihak army menandakan waktu berbuka puasa. Wahhh teruja makwan!! Makanan yang disediakan pula complete set dengan ada nasi, daging stew, roti dan bubur, baklava juga tidak lupa dan semestinya kurma. Alhamdulillah syukur nikmat🌸

Persediaan Iftar 1Ramadhan di Istanbul

Di hari pertama Ramadhan, makwan tengok penuh kerusi meja di susun di perkarangan dataran berhampiran Masjid Biru. Tentunya disediakan untuk iftar beramai2 sempena 1 Ramadhan. Kami pun apalagi, terus berkira-kira untuk join iftar...alhamdulillah...bestnya🌸 Banner merai'kan kedatangan bulan Ramadhan. Mustapha Demir tu wakil rakyat deorang