Skip to main content

Posts

Jalan-jalan Cari Makan Sehari Sebelum Ramadhan

Alhamdulillah makwan sambut Ramadhan di Turki. Sehari selepas makwan berada di bumi Turki, seluruh kita umat Islam menyambut bulan Ramadhan bulan yang mulia. Kiranya hari tu malamnya, kami dah mula bangun bersahur. Jam 2.45 pagi bangun sahur.. Jam 3.27pagi dah masuk Subuh... ~~~~~~~~~~~~~~~~~ Makwan dan pakdin ada free sehari sebelum mula menjalani ibadah puasa esoknya. Jadi hari pertama di Istanbul, masih boleh jalan jalan sambil cari makan.. he he.. Petang tu lepas jalan2 sekitar Blue Mosque, kami naik bas pergi Ortakoy yang banyak benda2 makan. Kira macam pasar malam la, macam2 makanan ada. Tapi pasar malam tu ada setiap hari. Boleh tahan la sedap tapi makwan makan sikit je sebab agak tak berapa nak kena dengan tekak melayu makwan..hahaha Cantik tempat tu, tepi laut. Nyaman je nampak semua makan sambil disapa angin laut sepoi2 bahasa.

Masjid Sultan Ahmed ~ Blue Mosque

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii ) ialah masjid bersejarah di Istanbul. Istanbul sepertimana yang kita tahu, adalah bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina antara tahun 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul. Masjid Sultan Ahmet atau nama lain nya 'blue mosque' itu adalah salah satu dari dua masjid di Turki yg mempunyai 6 menara. U Pembinaan masjid bermula pada Ogos 1609 apabila sultan itu sendiri datang untuk memecah tanah. Niat baginda bahawa ini akan menjadi masjid pertama pada empayarnya. Dia melantikkan arkitek dirajanya Sedefkar Mehmet Aga, seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan sebagai arkitek bertugas pada pembinaan itu...

Jalan-jalan Cuci Mata

Makwan enjoy cuci mata pemandangan indah taman2 berhampiran Blue Mosque. Bunga2 cantik berwarna warni memenuhi ruang dataran. Jom kita cuci mata tengok persekitaran.

Sepanjang Lorong Kenangan di Istanbul

Makwan selalunya lalu ikut lorong yang sama setiap kali nak keluar atau balik dari berjalan. Jadi akan melalui jalan2 seperti dalam post sebelum ini dan lorong berikut ni. Memang dah tau la, kira makwan inshaaAllah tak sesat la kalu berjalan dengan pakdin je. Kat lorong2 tu dah jumpa banyak kedai..kedai carpet, beg, barangan kulit dan kedai runcit banyak la sepanjang laluan. Kedai jual daging lembu dan kambing fresh pun ada tapi mahal la..makwan tak beli pun. Sepanjang kat sana kalau nak masak, beli ayam dan sayur2 je. Makwan ada la singgah beli sejadah kat kedai di lorong2 kecil ni. Jubah, kurta dan sejadah bergantungan deorang display kat luar2 kedai. Boleh tahan harga tak mahal sangat tapi sejadah cantik dan berkualiti. Bila dah sampai ke jalan besar(jalan utama), hah dah mula jumpa banyak kedai2 Souvenier, turkish delight, dll.

Latih Tubi Berjalan Kaki

Ya Allah.... Agak stress jugak la makwan kena melalui jalan camni hari2 setiapkali nak keluar dari kawasan apartment makwan tu. Lepas dah berjalan lebihkurang 15minit turun naik jalan bercerun2 tu baru jumpa jalan besar. Baru nampak stesen Tram untuk nak sambung naik pergi mana2. Baru jumpa deretan shop-lot menjual pelbagai barang. Kira sampai pekan la. Dek faktor omo, habis kaki dan lutut rasa sakit2 ...ouhh... innalillah.. Kiranya latih tubi berjalan kaki la ni.... Dalam keterpaksaan ku gagahi jua...huhu Insaf menyedari nikmat kesihatan badan yg Allah dah kurniakan selama ini. Sama2 kita hargai dua nikmat yg sering terlupa.. nikmat kesihatan dan kelapangan masa🌹 Mari kita renung2kan hadis Nabi SAW ini: Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.   (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)